Tuesday, 5 April 2016

UEM Oversea Scholarship

Assalamualaikum

Last week was quite a busy week for me I guess, sebab actually banyak dah rangka dalam fikiran ni nak update apa kat blog tapi masa tak mengizinkan, plus malas tu pun ada jugak. So bila mood dah datang ni, rasa nak story semua benda.

So here senarai event yang secara langsung effect hidup aishah minggu lepas : 
  • Rabu : JPJ Test untuk lesen kereta (manual okayy)
  • Khamis : INTI scholarship test
  • Jumaat : UEM Oversea scholarship interview
  • Sabtu dan Ahad : Holidaayy at Bagan Lalang 
Okay untuk post ni, nak share about event yang berlaku hari jumaat tu, uem interview. UEM ni stands for united engineering malaysia. Masa mula mula apply haritu, i seriusly got no idea what it is, tapi like my family and also I guna konsep 'apply semua benda selagi boleh' , so apa salahnya kita try. Mana tau rezeki kita kat mana kan, asalkan dah usaha. Uem punya biasiswa pulak terbahagi kepada dua katogeri, oversea and local. And i apply for oversea scholarship. Based on some research i've made, untuk oversea scholars, akan ditempatkan di Kolej Yayasan UEM for about 2 years buat a-level, then bolehla fly oversea ikut course pilihan masing masing. And for the course they offer, sadly hanya ada engineering and accounting courses hm a bit sad cause kos yang diidam idamkan hati selama ni semestinya medic. Tapi takpelah, kita cuba mana tau Allah nak bagi laluan ke bidang lain :)

Aishah apply course built management and quantity surveying, and i do made a loott of research about these courses sebaik sahaja dapat panggilan temuduga tu. Yela kita kena lah tunjuk kesungguhan untuk dapatkan sesuatu tu kan, even sebelum ni taktau apa apa pasal bidang tu, kalau tanya pasal medic yes i can story dari A-Z tapi engine, memang kena usaha lebih. UEM ni sangat care about their applicants, untuk panggilan ke interview, pihak uem siap call lagi. Time tu tengah tunggu komuter, bila dapat call seriusly excited, and dia suruh cek emel. Terus cek, confirmkan kehadiran dengan reply balik bagi nama and ic number. Persiapan sebelum pegi interview tu, kena bawak-

1. Two (2) passport sized colour photographs (please write your full name and MyKad number behind each photo);
2. Original and photocopy of MyKad, both sides on the same A4 size paper;
3. Original and Photocopy of SPM exam result
4. Original and Photocopy of certificates for Form 4 results plus Extra Curricular Activities as reflected in your application form;
5. Original and photocopy of parent’s salary slip and EA Form
6. Resume (kalau ada bawak)
7.Calculator and stationary 

Then tibalah harinya, my parents siap ambik cuti lagi untuk bawak anak dia sorang ni gi interview. My session was on Friday evening, basically betul betul lepas solat jumaat habis. Pukul 2. It was held at Mercu UEM, Kuala Lumpur. Pagi tu pukul 11 lagi dah sampai sana, terpaksalah cari tempat kat mana mana untuk duduk dulu sementara tunggu pukul 2 tu. Sebelum tu sign kehadiran kat counter dulu. Nak duduk kat lobby dia ada aircond selesa semua guard uem tu tak bagi. Abi pergi solat jumaat, aku dan ummi duduk kat coffee house, sambil prepare apa yang patut, practice speaking cause my english is not that fluent like other candidates. Lepas solat zuhur, rush la pergi balik ke bangunan uem tu, tunggu kat lobby. Tunggu punya tunggu rupanya kena terus naik tingkat 7, and ada yang dah start dah pun jawab written test dia -,-" So next time, please be alert ye !

Masuk masuk tempat tu, disambut oleh sorang akak fasi ni, rasanya staf or student situ i'm not sure. Kami dibawa ke satu bilik untuk jawab 2 sets of question papers, english and maths. Maths tu more like addmaths silibus spm, so untuk other applicants yang nak pegi iv lepas ni, better revise sikit sikit balik formula addmaths especially graphs, triangle, coordinate geometry. English pulak dia bagi text and jawab berdasarkan text tu. Dont worry, semuanya objective questions and it was quite easy. Boleh dijawabla :) Both papers need to be completed in thirty minutes. Habis jawab soalan, akak tadi pun collect papers. Dokumen sokongan yang kita bawa pun kena serah kat akak tu, and kami dikumpulkan kat satu bilik, during my session lebih kurang 7 orang tak silap. Sementara tunggu individual interview tu, sembang sembangla with other candidates, it was a little awkward cause they were all boys, nasiblah ada sorang my schoolmate, ezzat. I was the second last yang kena panggil untuk iv, and the last one was ezzat. Sementara tunggu tu, banyak cerita dan pengalaman yang ezzat share kat kami during his previous interview, respect lah dia.

Lepas agak lama menunggu, finally dipanggil, time tu sempat jeling jam, it was 4.05 p.m, masuk bagi salam dia jemput duduk. Ada tiga orang panel, dua orang soal, sorang cek sijil and other document sokongan. The interview session was fully in english. So basically tak secuak yang dibayangkan, macam sembang sembang je ngan interviewer tu. Cumanya, in english lah. 
Antara soalan yang ditanya
  • Tell me about yourself (soalan wajib and dah prepare awal awal jawapannya huhu)
  • What do you know about uem ? (ni pun dah buat research)
  • What do you know about the course you have applied ?
  • What do you like to do during your free time ? Your hobby?
  • Do you keep updated about the current issues? (ada jugak masuk pasal kos hantaran 15k yang hangat diperkatan sekarang)
  • What is the latest issue that you know (time ni ada soal jawab pasal ISIS, tanya opinion)
  • Why you choose these courses
  • What is your opinion about someone who studies at another country, and they want to work there, why they didnt want to contribute to their country malaysia ?
Just some of the questions that I could remember. basically the session was fun, santai santai but in the same time, kita kena yakinkan mereka that we deserve that scholarship. Thats all, doakan saya berjaya. Tak dapat pun takpe, sebab persaingan memang hebat, pengalaman tu yang penting. And Allah nilai usaha, bukan hasil. Doakan kejayaan untuk written test PNB scholarship pulak 14hb ni. And esok actually aishah dipilih untuk ke interview Darul Quran, 11/4 ni ujian UKCG IPG, but both saya tolak huhu. 



No comments:

Post a Comment