Tuesday, 5 April 2016

UEM Oversea Scholarship

Assalamualaikum

Last week was quite a busy week for me I guess, sebab actually banyak dah rangka dalam fikiran ni nak update apa kat blog tapi masa tak mengizinkan, plus malas tu pun ada jugak. So bila mood dah datang ni, rasa nak story semua benda.

So here senarai event yang secara langsung effect hidup aishah minggu lepas : 
  • Rabu : JPJ Test untuk lesen kereta (manual okayy)
  • Khamis : INTI scholarship test
  • Jumaat : UEM Oversea scholarship interview
  • Sabtu dan Ahad : Holidaayy at Bagan Lalang 
Okay untuk post ni, nak share about event yang berlaku hari jumaat tu, uem interview. UEM ni stands for united engineering malaysia. Masa mula mula apply haritu, i seriusly got no idea what it is, tapi like my family and also I guna konsep 'apply semua benda selagi boleh' , so apa salahnya kita try. Mana tau rezeki kita kat mana kan, asalkan dah usaha. Uem punya biasiswa pulak terbahagi kepada dua katogeri, oversea and local. And i apply for oversea scholarship. Based on some research i've made, untuk oversea scholars, akan ditempatkan di Kolej Yayasan UEM for about 2 years buat a-level, then bolehla fly oversea ikut course pilihan masing masing. And for the course they offer, sadly hanya ada engineering and accounting courses hm a bit sad cause kos yang diidam idamkan hati selama ni semestinya medic. Tapi takpelah, kita cuba mana tau Allah nak bagi laluan ke bidang lain :)

Aishah apply course built management and quantity surveying, and i do made a loott of research about these courses sebaik sahaja dapat panggilan temuduga tu. Yela kita kena lah tunjuk kesungguhan untuk dapatkan sesuatu tu kan, even sebelum ni taktau apa apa pasal bidang tu, kalau tanya pasal medic yes i can story dari A-Z tapi engine, memang kena usaha lebih. UEM ni sangat care about their applicants, untuk panggilan ke interview, pihak uem siap call lagi. Time tu tengah tunggu komuter, bila dapat call seriusly excited, and dia suruh cek emel. Terus cek, confirmkan kehadiran dengan reply balik bagi nama and ic number. Persiapan sebelum pegi interview tu, kena bawak-

1. Two (2) passport sized colour photographs (please write your full name and MyKad number behind each photo);
2. Original and photocopy of MyKad, both sides on the same A4 size paper;
3. Original and Photocopy of SPM exam result
4. Original and Photocopy of certificates for Form 4 results plus Extra Curricular Activities as reflected in your application form;
5. Original and photocopy of parent’s salary slip and EA Form
6. Resume (kalau ada bawak)
7.Calculator and stationary 

Then tibalah harinya, my parents siap ambik cuti lagi untuk bawak anak dia sorang ni gi interview. My session was on Friday evening, basically betul betul lepas solat jumaat habis. Pukul 2. It was held at Mercu UEM, Kuala Lumpur. Pagi tu pukul 11 lagi dah sampai sana, terpaksalah cari tempat kat mana mana untuk duduk dulu sementara tunggu pukul 2 tu. Sebelum tu sign kehadiran kat counter dulu. Nak duduk kat lobby dia ada aircond selesa semua guard uem tu tak bagi. Abi pergi solat jumaat, aku dan ummi duduk kat coffee house, sambil prepare apa yang patut, practice speaking cause my english is not that fluent like other candidates. Lepas solat zuhur, rush la pergi balik ke bangunan uem tu, tunggu kat lobby. Tunggu punya tunggu rupanya kena terus naik tingkat 7, and ada yang dah start dah pun jawab written test dia -,-" So next time, please be alert ye !

Masuk masuk tempat tu, disambut oleh sorang akak fasi ni, rasanya staf or student situ i'm not sure. Kami dibawa ke satu bilik untuk jawab 2 sets of question papers, english and maths. Maths tu more like addmaths silibus spm, so untuk other applicants yang nak pegi iv lepas ni, better revise sikit sikit balik formula addmaths especially graphs, triangle, coordinate geometry. English pulak dia bagi text and jawab berdasarkan text tu. Dont worry, semuanya objective questions and it was quite easy. Boleh dijawabla :) Both papers need to be completed in thirty minutes. Habis jawab soalan, akak tadi pun collect papers. Dokumen sokongan yang kita bawa pun kena serah kat akak tu, and kami dikumpulkan kat satu bilik, during my session lebih kurang 7 orang tak silap. Sementara tunggu individual interview tu, sembang sembangla with other candidates, it was a little awkward cause they were all boys, nasiblah ada sorang my schoolmate, ezzat. I was the second last yang kena panggil untuk iv, and the last one was ezzat. Sementara tunggu tu, banyak cerita dan pengalaman yang ezzat share kat kami during his previous interview, respect lah dia.

Lepas agak lama menunggu, finally dipanggil, time tu sempat jeling jam, it was 4.05 p.m, masuk bagi salam dia jemput duduk. Ada tiga orang panel, dua orang soal, sorang cek sijil and other document sokongan. The interview session was fully in english. So basically tak secuak yang dibayangkan, macam sembang sembang je ngan interviewer tu. Cumanya, in english lah. 
Antara soalan yang ditanya
  • Tell me about yourself (soalan wajib and dah prepare awal awal jawapannya huhu)
  • What do you know about uem ? (ni pun dah buat research)
  • What do you know about the course you have applied ?
  • What do you like to do during your free time ? Your hobby?
  • Do you keep updated about the current issues? (ada jugak masuk pasal kos hantaran 15k yang hangat diperkatan sekarang)
  • What is the latest issue that you know (time ni ada soal jawab pasal ISIS, tanya opinion)
  • Why you choose these courses
  • What is your opinion about someone who studies at another country, and they want to work there, why they didnt want to contribute to their country malaysia ?
Just some of the questions that I could remember. basically the session was fun, santai santai but in the same time, kita kena yakinkan mereka that we deserve that scholarship. Thats all, doakan saya berjaya. Tak dapat pun takpe, sebab persaingan memang hebat, pengalaman tu yang penting. And Allah nilai usaha, bukan hasil. Doakan kejayaan untuk written test PNB scholarship pulak 14hb ni. And esok actually aishah dipilih untuk ke interview Darul Quran, 11/4 ni ujian UKCG IPG, but both saya tolak huhu. 



Friday, 25 March 2016

Short Hangout with Baes 💕

Assalamualaikum 

Hari ni story about our half day meet up semalam and it was fun ! Tujuan utamanya nak meraikan Asma' yang nak pindah rumah ke perak tak lama lagi around this week jugak katanya. Lagipun, sementara ada masa ni masing masing free so why not kita jumpa cause after this, memang agak susah lah nak jumpa. Bila masing masing dah sambung belajar mesti busy en tah ke mana kami 'dicampak' lepas ni. Mungkin jauh. Mungkin dekat. Allah has already plan for us.

Cerita bermula bila masing masing dah dapat permission dari parents and for me, actually ummi tak bagi pergi sebab umi tak boleh hantarkan ke ktm on that time, ummi ada bengkel. Pensyarah kan, busy memanjang, So aku pun berusaha sedaya upaya cari transport untuk ke ktm ukm from office umi, Fakulti Pengajian Islam UKM. Alaa bukan jauh pun lima minit sampai. Dengan bantuan adriana, (student of permata pintar ukm) dapatlah book grabcar khas yang memang untuk student and staf ukm only dari ukm. Jadi perjalanan aku basically dari rumah awal pagi ikut umi masuk office, then pukul 10 naik grabcar ukm ke ktm ukm, dari ktm ke kl sentral then ke time square naik monorail . Haaa jauh berjalan. First time lah jugak naik public transport sorang sorang untuk perjalanan yang agak jauh and i was excited hehu.

Sebelum tu, pagi tu sempatlah buat online assessment untuk stage 1 Yayasan Khazanah Scholarship. Tapi tak siap semua, baru buat yang set 2 and for me, it was quite hard. Taktaulah other bright student yang qualified jugak mesti bagi diaorang senang je. About khazanah i will story in my next post okay. Lepastu pergila naik ktm sorang sorang em first timer memang asyik tanya je orang kat situ, nak tunggu kat mana ambik train yang mana, And sepanjang perjalanan tu kecoh je update whatsapp kat semua orang haha takut lah hilang ke sesat ke kena culik ke nauzubillah. Alhamdulillah, sampai KL sentral jumpa amirah and beberapa minit lepastu asma' sampai. Kami bertiga pun naik monorail ke jalan imbi, then jalan sikit sampailah Berjaya Time Square KL.

Perancangan utamanya kita ke Cosmo World !! So sampai sampai terus cari tempat tu, and suddenly ada orang peluk kami dari belakang. Syazana ! aka cana . Cana ni rumah kat KL sekangkang kera je TS tu dari rumah dia. Dah bayar apa semua, (41 ringgit for adult mykad holder) masuk ambik gambar sikit terus cari roller coaster. Pengalaman naik indoor roller coaster memang tak boleh lupa. Tinggi, laju terbalik 360 darjah semua ada. Rasa nak terhantuk dengan semua benda besi yang ada kat situ sebab yela, dalam bangunan kan. Menjerit je memanjang. Rasa nak tercabut jantung kepala baju semua lah. And i suggest semua orang patut try. Bestt ! Naik sekali rasa nak lagi eceh. Lepastu naik semua benda yang boleh naik kita try. Dizzy izzy, benda pusing pusing tu. Kids punya macam marry go round dengan crazy bus pun kami naik hahaha. Satu je tak berpeluang, dna mixer. Sebab tiap kali nak naik kena tunggu setengah jam, dia tengah bersihkan muntah orang so iRedha je lah. Takut pun ada sebenarnya nak naik benda tu, sebab mengikut pemerhatian dan pengalaman, ramai yang muntah bila naik huhu. 

Dah penat memeningkan diri, kami pun berhenti. Keluar kejap untuk solat plus makan, sempatlah belikan hadiah untuk asma' , baju yang sebelum tu dia ada cakap "cantiknya baju biru tu". So aku dan cana pun berusaha cari balik kedai tu and buy one for her :) Lepas semua siap solat, kami pegi makan. Asma' pilih nak makan kat mana, sebab nak raikan dia kan. And she choose subway. Lama jugakla kami makan. Yela sambil bersembang gelak ketawa ambik gambar buat video main boomerang main snapchat. Sempat post gambar kat insta fikir caption lagi. Tu yang buat lama tu. Sedar sedar dah lebih sejam kat subway tu. Lepas makan masuk cosmo world balik. Kali ni kita main bumper car. Seronokk main lanngar langgar orang weehuu. 

Lepastu jalan jalan shopping sikit, then tibalah masa untuk berpisah. Orang pertama yang akan bye bye dulu ofkoslah cana sebab dia naik monorail je sampai rumah. Aku, asma' dan mira naik monorail sama sama ke kl sentral. Kat situ dah semua orang berpecah. Asma' naik erl ke putrajaya, aku dan mira naik komuter tapi arah yang berbeza. Peluk peluk salam cium dan kami pun berpisah. Sedih pun ada tapi kami yakin this friendship will last forever. Takkan lost contact punyalah. Cuma mungkin lepas ni susah dah nak jumpa face to face macam ni lagi. All the best in the future dear friends !!💓💓

Tuesday, 22 March 2016

^_^

Assalamualaikum

First post yeayy !! Excited sikit dapat buat blog ni sebab cam ada satu site sendiri yang boleh hias layout template ikut suka hati ((ye ke padahal tak pandai pun nak hias)) boleh post apa apa macam diari, boleh bercerita, bebel and so on even ni bukanlah first blog yang aku pernah ada pun actually hehe. Yela zaman sekolah rendah dulu ada jugak try try buat beberapa blog tapi paling paling pun dua post je sempat pastu biar berhabuk hehu pastu bosan lagi buat yang baru pulak password lama semua lupa em tu lah perangai. 

So harapnya yang ni dapatla dimanfaatkan betul betul jangan jadi macam yang dulu merepek repek pastu tinggal, bila baca balik kan dah malu huhu.

Tak mengharap orang singgah buang masa kat sini pun eceh macam ada je but tujuan utamanya first nak mengisi kebosanan sementara tunggu sambung belajar ni. Normal sudent lepasan spm kan. Ada lebih kurang dua bulan lagi sebelum result upu keluar lepastu maybe dah busy belajar balik. Second, hobi yang suka bercerita potpet potpet so instead of membebel kat orang pastu orang pun malas nak layan huhu *sadlife kita tulis lah apa yang nak dicerita tu kat sini. Better kan ? Third, hobi lagi and memang nature yang suka nak share apa apa info yang aku ada even taklah banyak, cuma apa yang tau sikit sikit tu pun kalau boleh nak bagitau semua orang ((My bestfriend would know this well)). Nak semua orang tau jugak apa yang kita tau padahal orang yang kita excited bagitau tu pun dah tau dah sebenarnya so cam syok sendiri je. Tapi kisah pulak kan, huhu niat kita ikhlas nak berkongsi. 

Jadi kalaulah ada yang tersinggah atau terbaca atau terjumpa blog ni, semoga ada yang bermanfaat dari sini and at least dapatlah jadi saham kat akhirat nanti :)